Keuntungan sebelum cukai TH Plantations Bhd bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept, 2015, turun kepada RM14.97 juta daripada RM18.777 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun lepas.

Perolehan naik sedikit kepada RM133.49 bilion daripada RM133.31 bilion sebelumnya, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mengulas mengenai prestasi tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif Zainal Azwar Zainal Aminuddin berkata 2015 ternyata menjadi tahun yang malahan lebih mencabar bagi sektor minyak sawit daripada yang dijangkakan.

"Kami bersiap sedia menghadapi kesan El Nino, yang hanya akan nampak selepas 18 bulan, serta jangkaan cuaca basah dalam suku akhir tahun ini," katanya.

Kawasan perladangan sawit kumpulan itu kini berjumlah lebih 60,000 hektar di seluruh Malaysia.